Tuesday 28 June 2011

Misteri Potret Monalisa

Potret Monalisa merupakan salah satu karya agung Leonardo da Vinci.Apa yang membingungkan potret yang telah berusia lebih 500 tahun itu mencetuskan misteri sehingga kini.

Sudah tentu tentang identiti seorang gadis jelita yang mempunyai senyuman menawan.Lukisan berasaskan cat minyak itu mengambarkan seorang gadis yang tidak dinafikan kecantikannya.Dia kelihatan menghadap ke arah pelukis dengan kedua-dua pergelangan tangan dirapatkan antara satu sama lain.

Lalu dengan kedudukan begitu, Leonardo Da Vinci terus mengerakkan peralatan lukisannya menggunakan warna tertentu di atas kepingan papan  mengikut corak dan pemandangan matanya pada 1503.

Pelukis mengambil masa yang lama untuk menyiapkan lukisan itu dengan penuh penekanan dan ketelitian dalam proses menghasilkan potret bergelar 'Monalisa" itu hingga siap 4 tahun kemudian.

Misteri Potret Monalisa
* Identiti Monalisa itu sendiri

* Riak wajah Monalisa

* Mata Monalisa akan sentiasa memandang ke arah pemerhati tak kira dari arah  mana mereka melihat

* Senyuman Monalisa yang nampak berbeza jika dilihat dari sudut berlainan

* Makna senyuman Monalisa sehingga menjadi igauan penyelidik,ahli psikologi dan pengkaji seni dalam mentafsirkan maknya senyumannya

* Sekecil-kecil sudut dalam potert itu dikaji dengan teliti untuk membongkar rahsia Monalisa

Teori Mengenai Monalisa
* Monalisa yang sebenarnya ialah Lisa Gheredini yeng merupakan isteri kepada pedagang bernama Francesco de Giocondo. Mona lisa bermaksud madam Lisa

* Seorang penulis, Serge Barmly pula mengatakan teori model Monalisa adalah ibu kepada Da Vinci yang bernama Caterina

* Terdapat juda pengkaji seni mengatakan wajah Monalisa tidak merujuk kepada mana-mana model tetapi hasil imaginasi Da VInci sendiri yang banyak menghabiskan masa mengkaji teknik melukis wajah seseorang

* Teori yang paling mengejutkan dikemukakan oleh Dr. Lilian Schwartz dari Bell labs yang mengatakan wajah Monalisa adalah dari wajah Leonardo sendiri dalam versi kewanitaan.Teori ini diperoleh apabila Schwartz menggabungkan wajah Monalisa dengan wajah Leonardo sendiri dan mendapati kedua-dua bentuk wajah itu selari

Fakta Potret Monalisa
* Lukisan itu menjadi popular setelah dicuri dari Muzium Louvre pada 1911.Setelah kecoh kehilangan itu seorang pekerja muzium Vincenzo Peruggia didapati bersalah

* Lukisan itu dijumpa dan dikembalikan ke Muzium Louvre 2 tahun kemudian

* Judul 'Monalisa' diberikan selepas 31 tahun kematian Leonardo.Judul lain bagi potret itu ialah 'La Gioconda'

* Terdapat pertikaian bahawa Monalisa membiarkan rambutnya lepas mengurai ke bahu sebagaimaan terlihat dalam lukisan,tetapi ia disanggah dengan kenyataan corak seakan rambut itu ialah kain pelindung kepada dan hanya beberapa helai rambut kelihatan.Perbuatan membiarkan rambut lepas terurai di zaman Renaissance adalah ciri wanita muda yang tidak memiliki sopan santun.



semuanya daripada sini =)

Friday 17 June 2011

Tentang Pendidikan Seni Visual ~


PENDAHULUAN

Pendidikan Seni Visual menjurus kepada seni tampak dan tidak merujuk
kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni
mempertahankan diri.
Pendidikan Seni Visual sekolah menengah lebih menegaskan kegiatan
dalam proses penghasi lan dengan melibatkan aspek pemahaman,
penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya
kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan
konsepsi murid. Dengan ini, murid diharapkan dapat mengamalkan
pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya
yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa
bersama nilai yang disebutkan.
Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah menengah merangkumi perkara
yang berkait dengan seni halus, komunikasi visual, reka bentuk dan kraf
tradisional. Murid dilatih untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih
luas sama ada daripada aspek estetik mahupun aspek gunaan. Melalui
kefahaman aspek di atas, murid dapat diterapkan dengan penghayatan
warisan seni visual dan mengamalkannya dalam kehidupan, terutama dalam
meningkatkan nilai hidup. Murid akan didedahkan dengan ilmu seni visual
yang berkaitan dengan bidang tertentu dan menerapkan budaya menghargai
serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama.

MATLAMAT

Matlamat Pendidikan Seni Visual sekolah menengah adalah untuk membentuk
keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai
estetik yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan
kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran
terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni
dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri,
keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaaan.

OBJEKTIF

Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah bertujuan untuk
1. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan,
2. memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni
visual,
3. meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin serta
kemahiran dalam bidang seni visual yang dapat diamalkan dalam
kehidupan dan kerjaya,
4. menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk
mereka cipta barangan kraf dan produk seni visual yang berkualiti,
5. membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya
seni visual,
6. mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata
pelajaran lain, pendidikan seni visual sekolah menengah
7. menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual dalam
konteks perkembangan sejarah seni visual di Malaysia dan antarabangsa,
8.   menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya,
9.   menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan kaitan
dengan keselesaan hidup, dan
10. membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa.

ORGANISASI KURIKULUM

Kurikulum Pendidikan Seni Visual disusun berdasarkan dua bidang iaitu
Bidang Penghasilan Seni Visual serta Sejarah dan Apresiasi Seni Visual.
Kedua-dua bahagian ini diharapkan dapat membantu murid dalam menguasai
pelbagai kemahiran. Antara kemahiran yang akan dikuasai murid melalui
pendidikan seni visual ialah kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif,
kemahiran berkomunikasi secara berkesan, kemahiran membuat pilihan dan
keputusan yang tepat, kemahiran mencari , menginterpretasi dan
mengaplikasi maklumat, kemahiran bekerjasama dan kemahiran pengurusan.
Bagi membolehkan murid menguasai kemahiran-kemahiran ini guru perlu
mengintegrasikan kedua-dua bidang ini dalam pengajaran dan
pembelajaran. Dalam penghasilan seni visual, kegiatan harus melibatkan
penerokaan, pewujudan idea, perkembangan idea, pembelajaran secara
terancang, penggunaan teknologi, alat dan bahan melalui teknik tertentu.
Semua kegiatan seni mengutamakan kajian-kajian sebelum, semasa dan
selepas proses penghasilan. Ini bertujuan menerapkan budaya penyelidikan
di kalangan murid.
Kedua-dua bidang ini menjurus kepada matlamat Pendidikan Seni Visual
dan juga matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.  Tujuannya  adalah
untuk  pembinaan  individu, keluarga,  masyarakat dan negara.  Pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual dijalankan dalam bentuk teori
dan praktikal tetapi pendekatannya bergantung kepada kebijaksanaan guru
untuk mengendalikannya asalkan meliputi tiga domain iaitu, pengetahuan,
kemahiran dan nilai.
Perkara yang ditegaskan dalam bidang penghasilan seni visual adalah
kegiatan kreatif yang melibatkan benda-benda yang dapat disentuh, dilihat
dan diimaginasi bagi menggalakkan perkembangan persepsi dan daya intuisi.
Dengan ini diharapkan fahaman nyata dan abstrak dapat diselaraskan dan
pemupukan minat terhadap Pendidikan Seni Visual dapat dikembangkan.
Bidang Sejarah dan Apresiasi Seni Visual memberi tumpuan kepada
pengalaman seni dalam kehidupan harian dan dalam budaya kebangsaan.
Perbandingan dengan seni  dan budaya  luar   juga digalakkan bagi
memperlihatkan keseimbangan pendedahan dalam bidang seni visual
termasuk kraf kebangsaan demi mengenali seni visual dalam evolusi budaya
kebangsaan.

KANDUNGAN

Kurikulum Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah disusun berdasarkan
kandungan yang dibahagikan kepada:
1. Penghasilan seni visual
2. Sejarah dan apresiasi seni visual

1. PENGHASILAN SENI VISUAL
Bidang ini menyediakan peluang kepada murid mengaplikasi kefahaman
mereka untuk menghasilkan kerja seni berdasarkan asas seni reka dalam
pelbagai teknik. Proses penghasilan ini memberatkan pernyataan idea yang
berkaitan dengan pernyataan kendiri, masyarakat dan  nilai kenegaraan.
Sehubungan itu latar belakang budaya dan nilai masyarakat yang terdapat
dalam sesuatu karya seni diperkenalkan. Aspek sains dan teknologi
diperkenalkan secara terus untuk membantu kegiatan seni.
Bidang ini meliputi asas seni reka, seni halus (lukisan, catan, arca dan
cetakan),  komunikasi visual (seni grafik dan multimedia), reka bentuk (reka
bentuk industri dan reka bentuk persekitaran) serta seni kraf tradisional dan
dimensi baru.

Bidang Penghasilan Seni Visual  meliputi:

a)Asas Seni Reka
i) Unsur Seni garisan, rupa, bentuk, ruang, jalinan dan warna
ii) Prinsip rekaan harmoni, penegasan, imbangan, kontra, irama dan pergerakan, kepelbagaian dan
kesatuan.

b)Seni Halus - lukisan, catan, arca dan cetakan

c)Komunikasi Visual - reka bentuk grafik dan multimedia

d)Reka Bentuk - reka bentuk industri dan reka bentuk persekitaran (hiasan dalaman dan
lanskap)

e)Kraf Tradisional dan Dimensi Baru - tembikar/seramik, batik, ukiran kayu,
anyaman, tenunan dan tekat.

2.SeJARAH DAN APRESIASI SENI VISUAL
Bidang ini memberi peluang kepada murid membuat kajian pemahaman
terhadap hasil seni visual dalam budaya tempatan, kebangsaan dan negara
ASEAN serta negara tertentu yang mempunyai kesamaan dan kelainan
dengan budaya kebangsaan. Murid dapat menyatakan kefahaman, membuat
apresiasi dan kritikan seni.

Bidang Sejarah dan Apresiasi Seni Visual meliputi :
a) Perkembangan Seni Visual di  Malaysia:
i) Seni Halus gerakan seni halus, pelukis,
penghasilan dan sumbangan.
ii) Kraf Tradisional
 dan Pribumi tokoh, penghasilan dan sumbangan.


b) Peralatan - senjata dan domestik
c) Alat Permainan - gasing, wau dan alat muzik
tradisional
d) Seni Bina -kediaman, masjid, wakaf, gerbang,
makam dan taman
e) Kenderaan - darat dan laut atau sungai
f) Pakaian - baju kurung, baju melayu, baju kedah,
baju cekak musang dan lain-lain.
g) Perhiasan - (Ornamen) hiasan kepala, hiasan leher, hiasan
tangan, hiasan kaki dan hiasan pinggang


diambil dan di-edit drpd => sinie=)


Sunday 29 May 2011

Kursus Blogger

hari ini 30hb mei 2011, kursus blogger diadakan di perpustakaan smkttj.Pendaftaran pada 8.00 pagi.selepas itu pukul 9.00 pagi sarapan pagi.Taklimat diadakan di perpustakaan.